Menjejak Baling, Kedah, yang tercatat sejarah penting negara, iaitu pertemuan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dengan Ketua Komunis Malaya Chin Peng. Saya mahu anak-anak mengetahui bahawa komunis itu pernah wujud dalam lipatan sejarah untuk diingati kekejamannya terhadap rakyat dan tanahair tercinta ini. Gambar-gambar berikut sempat dirakamkan.
Batu peringatan mencatatkan tentang bagaimana Sekolah Inggeris Baling yang kini dikenali sebagai Sek. Kebangsaan Tunku Putera ini menjadi lokasi pertemuan Tunku Abd Rahman dan Chin Peng dalam Rundingan Baling pada tahun 1955. Sekolah ini terletak berhampiran pekan Baling.
Bilik darjah di mana Chin Peng bermalam sebelum pertemuan berlangsung. |
Bilik darjah di mana rundingan berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan